KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) disaran menggunakan pentas media baharu seperti media sosial sebagai saluran menghasilkan karya budaya, kesusasteraan dan seni kerana ia dilihat sudah mengambil alih peranan media arus perdana.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa sama, Gapena turut disarankan agar mewujudkan bentuk latihan kepada generasi baharu sebagai kesinambungan kepada hasil kesusasterawan dulu dan sekarang.
"Saya fikir ia perlu dipertekankan usaha-usaha pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
"Malah badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Gapena dan badan gabungan juga harus diberikan galakan dan bantuan dana untuk mereka lakukan usaha-usaha ini bersama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Rumah Gapena dan Majlis Aidilfitri bersama-sama penulis di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Gapena Datuk Zainal Abidin Borhan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan kerajaan akan membantu GAPENA bagi mendapatkan tanah hak milik kekal agar mereka dapat meneruskan kelangsungan berkarya kesusasterawan, budaya seni dan bahasa negara.
"Tanah ini adalah tanah Kerajaan Persekutuan, dan ia merupakan kuarters kerajaan yang disewakan kepada GAPENA, jadi mereka memohon agar hak milik kekal diberikan kepada GAPENA dan Insya-Allah saya akan membawa perkara ini kepada Perdana Menteri," katanya.
Terdahulu Ahmad Zahid dalam ucapannya menyarankan rakan-rakan sasterawan beralih ke arah media baharu kerana pentas media konvensional yang digunakan selama ini kepada perjuangan bahasa sastera, seni dan budaya kian terpinggir dari arus komunikasi utama.
"Kita tidak boleh menolak gelombang membadai bukan sahaja alam yang kita berada di dalamnya tetapi alam maya lebih menguasai alam konvensional yang pernah zaman kita lalui. Alam maya adalah satu realiti yang tidak dapat kita tolak," katanya.
Justeru Ahmad Zahid menyeru semua pihak menggunakan bahan yang ada pada masa kini dengan mencipta portal baharu serta halaman tertentu khusus dalam memperjuangan soal bahasa budaya dan seni serta unsur lain yang ada kaitan dengan GAPENA bagi kesinambunga semua aktiviti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan majlis perasmian Kompleks Rumah Gapena hari ini. - Foto Bernama
Manchester United bertambah baik
Manchester United menghadirkan kejutan besar dan prestasi terbaik kelab tersebut penghujung musim apabila merangkul Piala FA.
Memacu Malaysia Airports ke peringkat lebih tinggi, memperkukuh kesalinghubungan untuk pertumbuhan mampan
Potensi penambahbaikan yang diketengahkan oleh konsortium tersebut akan memberi manfaat kepada MAHB.
Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah
Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.
Pameran diilhamkan perjalanan seni M Nasir Jun ini
SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu M.Nasir. Itulah nama pameran seni khas untuk meraikan perjalanan seni Datuk M. Nasir yang penuh inspirasi selama 45 tahun.
Man Utd sah bermain di UEL
Selepas dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris Manchester United berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Eropah (UEL), musim depan.
6,000 ayam rentung, reban terbakar
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah memaklumkan kebakaran melibatkan satu daripada 11 reban ayam, yang mengandungi sekitar 5,000 ke 6,000 ayam.
KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030
Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini komoditi daging lembu di Sabah hanya 7.57 peratus dan melalui peruntukan RM15 juta akan dapat ditingkatkan kepada 25 peratus menjelang tahun 2030.
Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Vanuatu, pada 6.23 pagi tadi.
Isu khutbah boikot: Polis terima laporan video isu boikot ketika khutbah
Polis menerima laporan berhubung sebuah video yang memaparkan isu boikot yang disampaikan semasa khutbah solat Jumaat di Perak baru-baru ini.
KPKM sasarkan 5000 jam utk seluruh negara
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata matlamat Jualan Agro Madani Mega adalah untuk memudahkan rakyat mendapatkan barangan makanan tanpa melalui orang tengah atau pemborong.
Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.
Cedera ditetak, bapa Emma Maembong dirawat di ICU
Bapa Emma Maembong yang cedera ditetak pada petang Khamis berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di ICU.
Kerajaan luluskan RM5 juta untuk GAPENA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasakan golongan penulis adalah relevan pada waktu kini serta akan datang.